SITI HASMAH DIDAKWA ‘LANGGAR AKTA PERHIMPUNAN AMAN’

DR Siti Hasmah disiasat kerana melanggar Akta Perhimpunan Aman ketika berucap mengenai wanita menentang politik toksik pada “Himpunan Ungu” empat bulan lalu, kata peguam Mohd Haniff Khatri Abdulla.

Beliau disoal oleh polis di pejabat suaminya, Dr Mahathir Mohamad di Yayasan al-Bukhary di Kuala Lumpur kira-kira pukul 11 pagi hari ini, melalui tweet dibuat anak perempuannya, Marina Mahathir.

Haniff, yang juga peguam Dr Mahathir, berkata apa yang berlaku pada 10 September adalah perhimpunan aman untuk hak wanita.

“Kenapa ada keperluan polis untuk datang dan mengambil kenyataannya?

“Mengikut undang-undang, polis tidak perlu polis dan mengambil kenyataan sesiapa. Terdapat video perhimpunan dan mereka boleh melihatnya.

“Jika ada bukti, bawa ke mahkamah, jangan buang masa seorang negarawan yang berumur 91 tahun,” katanya di pejabat yayasan itu di Jalan Perdana.Sekitar pukul 11.45 pagi, dua orang pegawai polis dari Bukit Aman tiba untuk mengambil kenyataan Siti Hasmah mengenai perhimpunan menentang ketidakadilan terhadap wanita, keganasan dalam politik, dan politik toksik.

Siti Hasmah disoal oleh polis selama lebih sejam. Polis meninggalkan premis pukul 11.40 pagi sebelum solat Jumaat.

 Dua pegawai polis meninggalkan Yayasan al-Bukhary di Kuala Lumpur selepas mengambil keterangan Dr Siti Hasmah Ali, hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 26 Januari, 2018.
Dua pegawai polis meninggalkan Yayasan al-Bukhary di Kuala Lumpur selepas mengambil keterangan Dr Siti Hasmah Ali, hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 26 Januari, 2018.

Polis menyoal Siti Hasmah 12 soalan mengenai ucapannya di perhimpunan itu.

Siti Hasmah sedang disiasat di bawah Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman yang menyatakan penganjur perlu memaklumkan 10 hari kepada polis di mana perhimpunan itu akan diadakan.

Haniff berkata Siti Hasmah menjawab semua soalan setakat kemampuannya.

“Semua soalan itu ditujukan mengenai perhimpunan itu. Bagaimanapun, beliau enggan menjawab beberapa soalan dan mengatakan akan menjawabnya di mahkamah jika diperlukan.”

“Perkara utama di sini adalah acara ini sudah berlalu empat bulan lepas dan mengapa beliau kini (dipersoalkan).

“Saya serahkan kepada orang ramai untuk menjawab ke mana arah perkara ini, dengan keadaan seperti ini.”

Haniff berkata Siti Hasmah disoal berdasarkan satu laporan polis dibuat pada hari yang sama perhimpunan itu diadakan.

Beliau juga berkata Dr Mahathir yang merupakan pengerusi Pakatan Harapan dan Bersatu juga diambil keterangan empat kali dalam tempoh dua tahun, dan kini pihak berkuasa dan polis mengambil kenyataan Siti Hasmah.

“Sekiranya anda melihat trend sekarang, kerajaan cuba melakukan perkara seperti ini dan mereka cuba menakutkan rakyat biasa.”

– https://www.themalaysianinsight.com

.