SITI HASMAH, AKTIVIS BERHIMPUN BANTAH POLITIK TOKSIK

Sekumpulan aktivis wanita tersohor akan mengadakan perhimpunan aman yang dikenali sebagai “Wanita Bantah Politik Toksik” pada 10 September di Kuala Lumpur untuk menyatakan penolakan terhadap politik toksik.

Perhimpunan itu akan bermula pada jam 5 petang sehingga 6.45 petang dan peserta akan berkumpul di depan Maju Junction Mall sebelum berarak ke pusat membeli-belah Sogo.

“Hari ini, keganasan, ancaman terhadap individu, kata-kata rasis, seksis, sifat kebencian antara rakyat dan individu sudah menjadi satu lumrah harian pemimpin negara.

“Kami menuntut agar perkara-perkara sebegini dihentikan serta-merta dan Perlembagaan Persekutuan serta keluhuran perlembagaan diangkat semula sebagai panduan dalam penyelesaian isu ini,” kata jurucakap kumpulan G25, Datuk Noor Farida Ariffin.

Antara aktivis wanita yang menyokong himpunan ini termasuklah isteri bekas perdana menteri keempat Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, bekas Presiden Badan Beguam Datuk Ambiga Sreenevasan dan pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah.

– M’kini

.