SINAR HARIAN NAFI CETAKAN SKRIN NAJIB SEDIA MASUK PAS

SHAH ALAM – Sinar Harian menafikan penyebaran cetakan skrin Sinar Online dengan wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada artikel bertajuk “Jika UMNO Gagal, Saya Bersedia Masuk PAS” – Kata Najib.

Ketua Pengarang Sinar Harian, Norden Mohamed berkata, akhbar ini tidak pernah menyiarkan artikel berkenaan dalam mana-mana versi terbitannya sama ada versi cetak atau online.

“Kami menafikan laporan berkenaan, ia tiada kaitan dengan penyiaran kami.

“Sinar Harian percaya, artikel berkenaan sengaja diadakan bagi menimbulkan persepsi yang tidak sepatutnya kepada mereka yang terlibat,” katanya.
Paparan berkenaan menjadi tular di media sosial sejak awal pagi tadi hinggakan menimbulkan persoalan dikalangan pembaca kami.

Katanya, Sinar Harian amat berterima kasih kepada pembaca yang memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada kami yang menjadi pemain utama dalam industri media tempatan.

– SH