SILAT POLITIK JAWA DAN BUGIS TURKI MENJADI KORBAN

Malaysia's Prime Minister Najib Razak walks beside his deputy Ahmad Zahid Hamidi during the United Malays National Organization (UMNO) general assembly in Kuala Lumpur, Malaysia December 7, 2017. REUTERS/Lai Seng Sin

TANPA TANDINGAN MUDAHKAN LALUAN ZAHID HAMIDI KE MO1

Ada pihak yang berpandangan bahawa keputusan Perhimpunan Agung UMNO tidak mahu ada pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO selepas Pilihanraya 14 kelak sebagai usaha untuk mengekalkan kedudukan Datuk Seri Najib sebagai Presiden.

Saya mempunyai pandangan yang lain. Bagi saya keputusan ini adalah kebijaksanaan dan kehalusan politik Jawa diatas politik Bugis yang akan menyebabkan sepupu Najib, Datuk Hishamuddin Hussein terpaksa memberikan laluan kepada Zahid kearah terus menjadi Timbalan Presiden dan seterusnya menjadi MO1.

Harus diingatkan cadangan ini dibawa oleh Pemuda UMNO yang ketuanya Khairy Jamaluddin telah pun melafazkan bahawa Najib bukanlah seorang pemimpin  popular tetapi seorang negarawan berpandangan jauh  yang menunjukkan Khairy memahami dimana terletaknya kekuatan parti dan juga di mana masa depannya  dan Zahid Hamidi pun telah menjamin masa depan tertinggi bagi Ketua Wanita Tan Sri  Shahrizat yang memberi sokongan kuat supaya dua jawatan itu tidak dipertandingkan dan mendorongkan  sokongan dari Puteri UMNO.

Walaupun Najib telah membayangkan  hasratnya terhadap masa depan Hishamuddin dengan melantiknya  menjadi Menteri Tugas-Tugas Khas di bawahnya di samping Menteri Pertahahan tetapi nyatalah sekarang Hishamuddin tersepit dan terkeluar dari ketentuan yang cuba dilakukan oleh Najib.

Demi maruah ,Najib akan  terpaksa berundur sekiranya BN atau UMNO kembali berkuasa pada  pilihanraya 14 dengan kemenangan yang kecil yang akan membuktikan   beliau bukanlah lagi seorang pemimpin yang popular dalam parti dan juga di kalangan rakyat.

Ini adalah suatu strategi politik yang cukup halus,membaling batu sembunyi tangan yang menjadi tradisi UMNO  dalam menjatuhkan pucuk pimpinan secara terhormat dari sejak era Tunku Abdul Rahman Perdana Menteri Pertama  hingga kepada Abdullah Badawi tetapi gagal dilakukan oleh Datuk Harun Idris dan juga Anwar Ibahim.

Bukanlah mustahil  Najib juga akan terpaksa memberi laluan secara terhormat  kepada Zahid seperti Pak Lah memberi laluan kepada Najib mengikut proses menjatuhkan pemimpin secara beradat dan beradab sopan kerana tersandar pada kenyataan tidak lagi popular .

Sekiranya rakyat dapat membaca permainan politik antara Bugis dan Jawa ini maka mereka akan memberikan lagi sokongan kepada UMNO  tetapi dalam pada itu mereka akan mempastikan kemenangan Najib bukanlah  kemenangan yang  bermaruah.

– zamkata.blogspot.my

.