Masalah berkenaan difahamkan berpunca daripada kerosakan teknikal sehingga menyebabkan keseluruhan bangunan DUN tidak mendapat bekalan elektrik sejak pukul 9 pagi dan kerja-kerja baik pulih masih lagi dijalankan.

Sidang DUN yang masuk hari kedua hari ini bagaimanapun berjalan lancar selepas pihak pengurusan menggunakan generator untuk memastikan dewan utama persidangan dapat digunakan untuk perbahasan.

“Kami masih boleh buat kerja cuma dalam keadaan bergelap sebab sejak pagi tiada bekalan elektrik kerana masalah teknikal.

“Walaupun gelap kami masih boleh buat kerja kerana pendingin hawa tetap berfungsi dengan baik selain makanan yang disediakan semuanya sedap-sedap,” kata wartawan Bernama, Arthur Edward kepada Utusan Malaysia ketika ditemubual di sini.

Keadaan tersebut juga mengakibatkan semua televisyen yang disediakan di luar dewan utama gagal berfungsi.

-UTUSAN ONLINE

.