SIASATAN FGV, FCI SELESAI BULAN INI, KATA SPRM

SIASATAN Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung Felda Global Ventures (FGV) dan pembelian hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC) kini di penghujung dan setelah siap dilengkapkan akan dihantar ke Jabatan Peguam Negara, pada bulan ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Dzulkifli Ahmad berkata ketika ini, masih ada lagi beberapa perkara yang perlu diteliti dan dilengkapkan dalam kedua-dua kertas siasatan kes itu sebelum diserahkan kepada Jabatan Peguam untuk tindakan selanjutnya.

“Saya hendak menyatakan bahawa siasatan yang melibatkan FGV dan FIC tinggal sikit lagi serta sudah hampir selesai.

“Maka insya-Allah, kami akan menghantar kertas siasatan bersama beberapa cadangan SPRM kepada Jabatan Peguam Negara untuk membuat keputusan sama ada kes ini untuk dibawa ke mahkamah atau sebaliknya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada  sidang akhbar selepas merasmikan kempen pencegahan rasuah pengangkutan awam SPRM bersama Prasarana di stesen LRT Bangsar, hari ini.

-M’kini

.