‘SIAPA CALON PM PEMBANGKANG- ANWAR, MUHYIDDIN ATAU MUKHRIZ?’

Pembangkang perlu belajar daripada BN bagaimana untuk bekerja sebagai satu gabungan, kata Bendahari Agung MIC, S Vell Paari.

“Kami tak ubah gabungan kami sebelum setiap pilihan raya, seperti yang mereka lakukan. Kami berpegang dengan satu, iaitu BN.

“Kadang-kadang, sudah tentu, kita mempunyai pandangan berbeza, tetapi kita sentiasa percaya dalam semangat BN dan kami tetap bersama-sama sebagai satu,” kata Vell Paari dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian berikutan ketiga-tiga parti di bawah Pakatan Harapan – PKR, DAP dan AMANAH – dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) semalam bersetuju secara rasmi kepada pakatan pilihan raya pada pilihan raya umum akan datang.

Vell Paari juga mempersoalkan siapa calon perdana menteri bagi pakatan pembangkang yang baru jika mereka menang pilihan raya umum akan datang.

“Adakah ia akan menjadi (de facto ketua pembangkang) Anwar Ibrahim, (Presiden BERSATU) Muhyiddin Yassin atau (Timbalan Presiden BERSATU) Mukhriz Mahathir?

“Saya yakin bahawa sehingga hari ini mereka tidak dapat mengesahkan siapa yang akan menjadi calon perdana menteri mereka kerana semua orang dalam pakatan berjuang untuk jawatan itu,” katanya.

MKINI

.