SHOCK EXPOSE: NOH OMAR ACCUSED OF GETTING RM30MIL KICKBACK FROM CRONY FIRM IN RICE-LINKED DEAL

Hi folks. Have been preoccupied since last Thursday. Went up north to attend a wedding.  Also the usual  foodie road trip all the way. Nasi ganja in Ipoh was closed. But Salim is equally good or better. Plus they were open. In Penang there was popiah, char kway teow, cendol, laksa, bbq chicken, satay, apam manis, thosai and just more and more.   Then there was the food at the khenduri kahwin, typical mamak style – kurma kambing, chicken curry, dhalcha, ayam rempah, nasi briyani etc.

Back to reality this morning. Here is something that has gone viral. 

Minister of Agriculture Noh Omar is being implicated here. Are you surprised? Here is the news that I received:

Maklumat yang akan didedahkan di bawah ini adalah bersumberkan dari para pegawai Kementerian Pertanian (MOA) dan Kementerian Kewangan (MOF) yang sudah tidak tertanggung lagi untuk menutup kepincangan yang dilakukan oleh Menteri Pertanian Datuk N_h Om_r berhubung isu ‘benih’.

Oleh Warga MOA.

(Melibatkan – Noh Omar Menteri MOA, Dato’ Ha_him KSU MOA dan Datin Na_mah Pengarah IPB (Industri Padi Beras)

Menteri Pertanian, N_h Om_r telah menyalahgunakan kuasa bagi tender benih padi sah kepada petani tahun 2013/2014. Lihat surat dari Kementerian Kewangan bertarikh 20 Julai 2012 mengenai perkara ini.

Telah disahkan pihak MOF oleh Dato Fauz_ah Yaa_ob, Bahagian Perolehan Kerajaan (para 2) bahawa proses penilaian teknikal dan perakuan tender tidak mematuhi kriteria yang ditetapkan dalam dokumen tender dan tidak selaras dengan prinsip-prinsip tender (terdapat 3 kriteria yang dinyatakan).

MOF pada para 3 menyatakan disebabkan keperluan benih yang mendesak serta faktor kesegeraan bagi musim penanaman semasa, maka MOF bersetuju dengan anggaran kos RM164.8juta. MOF pun kena tipu dengan N_h O_ar. Tidak ada keperluan mendesak kerana tender yang tamat boleh dilanjutkan secara bulanan (Amalan biasa MOA selama ini). Tiada masalah keperluan benih padi yang mendesak kerana benih padi yang sedia ada mampu memenuhi permintaan sehingga Mac 2013 dan musim penanaman padi antara negeri-negeri tidak serentak.

N_h O_ar takut mengenai kedudukannya sebagai menteri MOA jika berlaku pilihanraya awal, sebab itu beliau dengan tergesa-gesa mengarahkan agar tender ini dibuat dengan kadar segera. Tender telah dikeluarkan pada 29 Mac 2012, walaupun kontrak tamat pada 31 Disember 2012. Tidak pernah berlaku dalam sejarah MOA, benih padi dibuat secara tender tergesa-gesa.

Tender dibuat dalam 2 kategori, iaitu 20,000 tan dan 8,000 tan. Untuk 20,000 tan, telah diatur awal khas untuk Syarikat Kilang Beras Seri Merbok Sdn. Bhd dan Haji Md. Nor bin Haji Abd. Hamid (M) Sdn. Bhd. (Semua pengusaha-pengusaha benih padi tahu hal ini).

Walaubagaimanapun, Syarikat Kilang Beras Seri Merbok Sdn. Bhd. mendapat tambahan 2,000 tan lagi daripada kuota 8,000 tan, menjadikan jumlah keseluruhan 22,000 tan.

Noh Omar mengarahkan kontrak ini dibuat untuk tempoh 3 tahun yang tidak pernah dibuat oleh MOA sebelum ini (rujuk keratan akhbar mengenai tender), walaubagaimanapun MOF hanya meluluskan untuk 2 tahun sahaja (amalan biasa).

Syarikat Seri Merbok, dipengerusikan oleh Dato Ra_s (kroni N_h O_ar), bekas EXCO Negeri Sembilan, yang digugurkan daripada menjadi wakil rakyat kerana isu rasuah. Sri Merbok juga mempunyai rekod yang buruk. Petani sering mengadu syarikat ini membekalkan benih padi yang tidak berkualiti, antaranya adalah penyakit padi (seed borne disease – penyakit berpunca daripada benih padi) , penyakit karah, padi angin dan padi tidak tumbuh. Sewaktu lawatan YAB Perdana Menteri ke Perlis pada awal tahun 2012, YAB Perdana Menteri terpaksa meluluskan RM4juta tambahan kepada petani di Kedah dan Perlis untuk menyelesaikan masalah padi angin.

Pada Tahun 2011, pertama kali dalam sejarah padi negeri Kedah berlaku kekurangan benih padi yang amat mendesak berpunca daripada kuota yang terlalu besar diberi kepada Syarikat Seri Merbok.

Satu lagi syarikat kroni Noh Omar adalah Syarikat Haji Md. Nor bin Haji Abd. Hamid yang tidak melepasi syarat yang ditetapkan dalam tender. Syarikat ini hanya mempunyai loji benih berkapasiti 8,000 tan sahaja (tidak memenuhi syarat tender 20,000 tan). Walaubagaimanapun dengan kuasa Noh Omar, syarikat ini berjaya menyewa loji MADA di Sungai Burung yang mempunyai kapasiti 4,000 tan. Secara teknikal ia masih gagal memenuhi syarat 20,000 tan.

Loji MADA di Sungai Burung disewa dengan kadar RM5,000 sebulan sahaja berbanding dengan loji MADA di Ajil, Terengganu berkapasiti 1,250 tan juga disewa dengan RM5,000 sebulan (syarikat lain yang bukan kroni). Noh Omar telah menggunakan kuasa bagi mengarah MADA menetapkan kadar kepada Syarikat Haji Md. Nor bin Haji Abd. Hamid hanya RM5,000 sebulan.

Agensi Kerajaan seperti BERNAS dan KADA yang terlibat secara langsung dengan industri padi dan masing-masing mempunyai loji berkapasiti 10,000 tan dan 6,000 tan serta memenuhi semua syarat-syarat tender tidak berjaya untuk mendapatkan tender ini. N_h O_ar telah memberikan kuota kedua-dua agensi ini pada musim lepas kepada Syarikat Haji Md. Nor bin Haji Abd. Hamid dan Syarikat Padi Pukal Parit 7 (Sekincan) Sdn. Bhd. (kroni Noh Omar)

TKSU MOA, Dato Ba_arum Ja_i sebelum ini ialah Pengarah IPB (Industri Padi Beras) telah diganti secara mengejut oleh Datin Na_mah yang dibawa khas dari MECD bersama-sama datuk Hashim KSU MOA. Dato Ba_arum Ja_i tidak mahu bersetongkol dengan N_h O_ar berhubung perkara ini. Datin Na_mah adalah orang suruhan N_h O_ar di MECD. Selepas N_h O_ar keluar dari MECD, MARA (dibawah MECD) menghadapi krisis kewangan serius berpunca salahgunakuasa N_h O_ar, ketika menjadi Menteri di MECD.

Kuota keseluruhan benih padi negara adalah 80,000 tan. N_h O_ar dan konco-konconya menguasai 45,000 tan daripada keseluruhan kuota tersebut (Kilang Beras Seri Merbok Sdn. Bhd – 22.000tan, Haji Md. Nor bin Haji Abd. Hamid (M) Sdn. Bhd. – 20,000tan dan Padi Pukal Parit 7 (Sekincan) Sdn. Bhd. – 3,000 tan). Jika berlaku apa-apa kepada syarikat-syarikat ini, maka akan berlaku krisis makanan yang serius kepada negara. N_h O_ar dijangka mendapat habuan RM30juta daripada skandal ini.

http://m.malaysiakini.com/ news/211140

– http://syedsoutsidethebox.blogspot.my

.