SHAHRIR MASIH BERTEKA-TEKI KEKAL BERTANDING

KULAI – Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abd Samad masih lagi berteka-teki sama ada beliau kekal bertanding kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

“Pilihan Raya Umum (PRU) bila… Saya telah diisytiharkan sebagai calon. Jadi, saya berterima kasih kepada Perdana Menteri.

“Saya ada dengar Penasihat DAP, Lim Kit Siang mahu bertanding untuk Parlimen Johor Bahru nanti,” katanya semasa Majlis Penyerahan Replika Cek Insentif Khas Peneroka negeri Johor di Felda Taib Andak, di sini, hari ini.

Hadir sama; Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Shahrir yang juga Pengerusi Felda juga meminta wartawan menunggu sama ada beliau akan mempertahankan kerusinya seperti diminta oleh Perdana Menteri.

“Tunggulah PRU. Kalau saya jawab hari ini, esok sudah tiada cerita,” katanya.

Terdahulu, Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Abd Razak berkata, Shahrir  masih layak untuk menjadi calon bagi Parlimen Johor Bahru pada PRU akan datang ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Johor Bahru 2017 Jumaat lepas.

Perdana Menteri memberitahu, tidak boleh dinafikan ‘Shahrir Factor’ menjadi antara faktor parlimen tersebut terus kekal di bawah Umno dan BN.

– Sinar Harian

.