SEMPENA ULANG TAHUN, BUNG HARAP DR M TIDAK TERUSKAN PERJUANGAN SIA-SIA

KUALA LUMPUR – Sempena ulang tahun kelahiran Tun Dr Mahathir Mohamad yang ke-92 hari ini, seorang pemimpin Umno menggesa bekas perdana menteri itu kembali ke pangkal jalan.

Datuk Bung Mokhtar Raden berkata Dr Mahathir sewajarnya mempertimbangkan untuk bersara daripada arena politik jika mahu terus dihormati sebagai seorang negarawan.

“Saya harap Tun M kena relakslah usia pun sudah lanjut. Semoga beliau kembali ke jalan yang sebaik-baiknya.

“Dia mungkin pertimbangkan untuk bersara. Untuk kebaikan beliau juga sebagai seorang negarawan.

“Jangan paksa diri untuk teruskan perjuangan yang sia sia,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Dr Mahathir yang merupakan penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia dilahirkan pada 10 Julai 1925.

Pengguna media sosial juga tidak ketinggalan mengucapkan selamat ulang tahun kepada bekas pemimpin negara itu.

– SH

.