SEMBOYAN DITIUP: BETWEEN GE14 BATTLE CRY & MANOEUVRING FOR PARTY ELECTION

Semboyan PRU14 ditiup kencang pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) kali ini yang dianggap sebagai Bapak Segala PAU.

Mungkin ada 2 atau 3 bulan lagi tempoh untuk warlords dan ahli-ahli bersiap untuk ke medan perang yang akan menentukan hidup mati parti siasah orang Melayu itu.

Persoalannya adakah panglima-panglima dan ahli-ahli menyahut sepenuh hati semboyan yang telah ditiup itu.

Antara yang didengar 3A ;

1. Action 2. Action 3. Action, setiap pemuda kena jaga 30 orang muda dan kalau ikut jumlah mampu jaga 1.9 juta pengundi muda.

Bukannya susah permintaan itu, katanya.

Pasal peluru tak perlu risau akan sediakan.

Kata-kata semangat lain, dicincang hingga lumat tak  kan berundur sehingga ke titisan darah terakhir.

Begitulah antara bunyi bunyi semboyan bagi menyemarak dan membakar semangat ahli untuk sedia sepenuh hati ke medan peperangan PRU14 dianggap bapak segala PRU.

Persoalannya adakah panglima-panglima perang dan ahli-ahli akan menggunakan segala kekuatan dan strategi yang ada untuk ke medan.

Atau semboyan itu hanya bermula selepas pembubaran Parlimen yang kalau ikut tempoh tarikh tamatnya Jun 2018.

Kesiapsagaan tidak cukup dengan laungan jeritan pekikan kerana ia hanya seperti anjing menyalak bukit jika hati masih tidak terbuka sepenuhnya.

Tiada lagi apa yang diistilahkan sebagai perjuangan berasaskan keyakinan kepercayaan teguh dilakukan seikhlas demi masa depan agama, bangsa dan negara.

Sibuk semboyan dibunyi sibuk juga panglima-panglima dan ahli menyusun papan untuk pemilihan PAU akan datang yang mana persediaan ke medan peperangan PAU antara kabilah-kabilah ini lagi hebat dan dahsyat katanya.

Dikatakan perjuangan dalam menentukan tempat dalam saf kepimpinan lagi penting kerana naiwatunya jawatan itu boleh membuka 1001 peluang lain.

Puak-puak ini masih dalam kepompong comfort zone BN Umno pasti menang malah kononnya lebih besar pada PRU14 dan penentuan kelangsungan perjuangan lebih penting adalah pemilihan PAU akan datang.

Konotasi PAU itu sendiri sudah agak negatif dan sewajarnya diberikan penjenamaan baru lebih segar dan mempunyai jiwa.

Jadi, ingat-ingatlah wahai pemimpin dan ahli-ahli Umno. Bukalah minda dan hati dan perbetulkan landasan dan naiwatu perjuangan demi agama, bagsa dan negara kerana itu saja boleh membawa kepada kelangsungan dan kekuatan perjuangan.

Lihatlah sekeliling keadaan dan suasana sudah jauh berubah. Peperangan di sosial media masih terkebelakang, dan realiti di atas medan adalah mengikut kawasan tertentu yang menyaksikan bandar dan sub bandar perlu ditingkat keupayaan manakala luar dan pedalaman jangan sekali-kali ada rasa selesa kerana kemungkinan untuk terperangkap sentiasa terbuka.

– http://lifeofaannie.blogspot.my

.