SELESAIKAN ISU MO1 DAN PASTOR KOH, GESA DAP KEPADA KPN BAHARU

SALAH  satu tugas yang perlu diselesaikan oleh Ketua Polis Negara (KPN) baharu selepas mengambil alih jawatan itu adalah penculikan Pastor Raymond Koh dan penglibatan Malaysian Official 1 (MO1) dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata ahli parlimen DAP.

Polis juga masih belum memberi sebarang penjelasan berhubung penculikan Koh selepas 200 hari kehilangannya, kata Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim Chee Keong.

Polis Malaysia turut mengabaikan skandal 1MDB yang mempunyai kaitan dengan MO1, walaupun kes itu disiasat oleh negara lain, katanya.

Kenyataan Sim dikeluarkan beberapa jam selepas bekas Ketua Cawangan Khas Mohamad Fuzi Harun mengambil alih tugas KPN daripada Khalid Abu Bakar yang bersara hari ini.

“Seluruh negara melihat rakaman CCTV penculikan Pastor Koh yang berlaku siang hari dan ia diihat seperti dilakukan individu yang terlatih sehingga menimbulkan persoalan sama ada terdapat “ejen pengganas” yang beroperasi dalam negara ini,” kata Sim dalam kenyataan hari ini.

Koh diculik di Petaling Jaya pada 1 Februari oleh 15 lelaki yang menaiki SUV hitam. Penculikan itu berlaku pada siang hari dan ia dilihat sangat terancang.

Kamera keselamatan penduduk merakam keseluruhan penculikan itu yang mengambil masa kurang daripada 60 saat. Identiti penculik dan mereka yang terlibat masih belum dikenal pasti.

Khalid sebelum ini berkata polis percaya penculikan itu dilakukan oleh sindiket yang membabitkan kumpulan di selatan Thailand.

Isteri Koh, Susanna Liew dalam satu kenyataan Rabu lalu mendakwa Khalid “kabur, hanya mahu sensasi,  tidak konsisten hingga menimbulkan banyak persoalan daripada jawapan sehingga mencetus keraguan terhadap komitmen pihak berkuasa untuk menyiasat kes itu dengan telus.”

Sim dalam satu kenyataan hari ini menambah selain Koh, tiga lagi individu turut dilaporkan hilang iaitu Pastor Joshua Hilmy dan isterinya Ruth Hilmy, serta aktivis sosial Amri Che Mat.

“Kita tidak tahu sekiranya kes mereka berkait, tetapi rakyat Malaysia hari ini bimbang dengan keganasan yang berlaku di kejiranan kita sekiranya kes ini tidak diselesaikan segera,” kata Sim.

Ahli parlimen DAP itu juga turut menyentuh isu skandal yang menyelubungi 1MDB yang kini disiasat Amerika Syarikat dan negara lain.

“Walaupun siasatan dijalankan di AS dan negara lain seluruh dunia, di Malaysia, Khalid Abu Bakat bukan sahaja enggan menyiasat MO1 dan isterinya malah turut menolak kes DoJ sebagai prosiding sivil.

“KPN baharu perlu mengubah perkara ini dan menjalankan siasatan telus terhadap MO1 seberapa segera,” kata Sim.

Dalam saman sivil yang difailkan tahu lalu, Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) mendakwa sejumlah AS$731 juta disalahgunakan daripada 1MDB dipindahkan ke akaun peribadi MO1.

Menteri Kabinet Abdul Rahman Dahlan kemudiannya mendedahkan MO1 adalah Perdana Menteri Najib Razak.

Ahli parlimen DAP itu berkata, Fuzi juga perlu menyelesaikan beberapa isu lain dalam usaha mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap pasukan polis.

Sim turut menyenaraikan beberapa isu seperti berikut:

Sindiket perjudian seluruh negara

Fuzi perlu menyelesaikan “dengan tegas secara keseluruhannya” terhadap sindiket perjudian haram, kata Sim.

Walaupun terdapat serbuan yang dijalankan pihak polis, Sim berkata “kita mendapati selepas serbuan dijalankan, pusat judi yang baharu akan dibuka dan beroperasi di kawasan lain, ada sesetengahnya dibuka di kawasan hutan sebagaimana yang diakui pihak polis.”

Sim berkata ia menimbulkan keraguan sama ada sindiket judi terbabit menerima “perlindungan”.

Kematian tahanan polis

Terdapat 110 kematian dalam lokap tahanan polis dari 2010 hingga 2016, dedah Menteri Dalam Negeri Ahmad Zahid Hamidi dalam Parlimen pada Mac. Zahid turut mendedahkan berlaku 1,619 kematian dalam penjara tahanan polis dari 2010 hingga 2016

“Trend ini perlu dihentikan. Kematian dalam tahanan bukan sahaja tidak adil kepada mangsa dan keluarga mereka tapi turut mendedahkan reaiti yang teruk penyalahgunaan kuasa pihak berkuasa,” kata Sim.

Pembaharuan dalam pasukan polis, laksanakan Suruhanjaya Diraja Tun Dzaiddin 2005 bagi Laporan Pembaharuan Polis

KPN baharu perlu menyokong Laporan Tun Dzaiddin bagi Pembaharuan Polis dalam membanteras jenayah serta tugas yang tidak membabitkan polis seperti pendakwaan, forensik, sokongan logistik, operasi paramilitari yang sedikit sebanyak kurang membabitkan politik.

Sim menggesa agar pasukan polis tidak dipolitikkan, dan berkata Khalid “mencatat rekod sebagai KPN paling berpolitik dalam sejarah Malaysia.”

– https://www.themalaysianinsight.com

.