SELEPAS PECAT MUHYIDDIN, SHAFIE KERANA 1MDB, NAJIB KATA UMNO ‘SEBUAH KELUARGA BESAR’

KUALA LUMPUR– Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, semua ahli UMNO adalah sebuah keluarga besar walaupun saling berbeza nama dan nombor keahlian.

Katanya, di dalam sebuah keluarga yang besar pasti akan berlaku perselisihan faham dan perbezaan pendapat.

Namun, ujarnya, semua itu berjaya diatasi selama ini dan diselesaikan dengan menggunakan cara yang baik.

“Kerana bak kata pepatah, kita bagai air yang dicencang tiada putus. Semoga Allah SWT sentiasa berkati UMNO dan perjuangan kita,” katanya dalam status yang dimuat naik di laman sosial Facebooknya hari ini.

– UTUSAN ONLINE

.