SEKADAR BERTANYA KEPADA YANG TAHU

SEKADAR bertanya. Bertanya tidak salah. Tidak boleh dikenakan saman malu.

Jadi izinkan saya bertanya beberapa soalan. Manalah tahu ada orang yang tahu mahu jawapannya.

1.Apakah implikasi penahanan Ketua Pemuda Umno Bagan Datuk oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Ketua Bahagian merangkap Timbalan Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan “pemangku” Timbalan Presiden Umno, (Datuk Seri) Ahmad Zahid Hamidi?

[Komen “Anonymous” tidak akan disiarkan. Tolong guna nama sebenar atau samaran.]

  1. Apakah benar Presiden PAS, Tuan Guru (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang menyimpan rahsia siapa dalam Umno dan Kabinat yang Perdana Menteri,(Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak, tidak percaya?
  1. Apakah benar duit yang KONONNYA dibagi oleh Najib/Umno kepada PAS digunakan untuk berniaga (antaranya kosmatik) tetapi rugi?
  1. Apakah benar Ketua Pemuda Umno merangkap Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, sudah hilang peranan sebagai peneraju National Transformation (TN50)?
 
Khairy (kiri) “dilucutkan” peranan dalam TN50?
  1. Apakah benar berlaku keretakan besar di antara KJ dengan bosnya sehingga jemputan untuk berpow-wow pun tidak diendahkan?
  1. Apakah benar sebuah GLC yang diaspirasikan oleh Najib yang kini mengalami masalah perniagaan gagal menunaikan syarat hutang kepada sebuah bank GLC yang penting kepada pelaburan Bumiputera?

Banyak rakyat jelata hendak tahu kerana soalan-soalan di atas adalah renspons saya kepada soalan yang mereka tujukan kepada saya.