SEJUTA RAKYAT KOREA SELATAN DIJANGKA BERDEMO HARI INI

Kira-kira sejuta rakyat Korea Selatan dijangka menyertai perhimpunan seluruh negara hari ini bagi menuntut pengunduran presidennya Park Geun-hye yang berdepan dakwaan skandal.

Memetik Xinhua, Bernama melaporkan di Seoul sahaja kira-kira setengah juta orang dijangka berarak malam ini dengan membawa lilin.

Sabtu minggu lepas, kira-kira 1.3 juta orang ramai telah membanjiri ibu kota negara itu.

Lebih setengah juta orang lagi dijangka memenuhi 50 bandar-bandar utama lain di negara itu dalam demonstrasi Sabtu keempat hari ini.

MKINI

.