‘SAYA TARIK BALIK KENYATAAN BIADAB SAYA’

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng menarik semula kenyataannya terhadap Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Amin Mulia, sebelum ini.

Menurutnya, tujuan utama beliau berbuat demikian kerana memikirkan tanggungjawab beliau sebagai wakil rakyat.

“Saya tarik semula kenyataan biadab saya terhadap Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Amin Mulia, dan ucapkan terima kasih.

“Tujuan utama saya membuat keputusan ini kerana ingin terus berada di dalam dewan dan tidak mahu diharamkan memasuki dewan ini.  Selain itu, saya juga ingin terus menyuarakan hak-hak rakyat tidak hanya di Segambut tetapi seluruh negara,”katanya dalam sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Sebelum ini, beliau telah diarah meninggalkan dewan oleh Speaker Dewan Rakyat setelah mengeluarkan kenyataan menghinanya.

Walaupun menarik semula kenyataan yang dikatakan biadab namun dalam masa yang sama menegaskan bahawa beliau tidak membuat permohonan maaf.

SINAR HARIAN

.