SAYA HANYA TAHU MB KEDAH DIBOO SETELAH BACA DESAKAN PEMUDA UMNO KEDAH

Rakyat Kedah pernah menjatuhkan kerajaan BN pada PRU12 kerana menolak UMNO Pak Lah.Undi mereka diberi kepada PAS bagi mengajar UMNO/BN Tingkat 4.PAS menjadi kerajaan atas protes rakyat Kedah.Sebenarnya, Kedah bukanlah negeri PAS sepertimana negeri serambi mekah.Kini,rakyat Kedah sudah bosan dengan UMNO/BN Najib.Diharap pasukan Hijau Kuning akan kembali ke final Piala Malaysia 2018,dan ketika itu tidak ada lagi Menteri Besar Kedah yang kena ‘boo’.

SAYA TIDAK TAHU….
Saya tidak tahu Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah telah diboo oleh penonton pada malam perlawanan akhir Piala Malaysia JDT dengan Kedah di Stadium Shah Alam baru -baru ini.

Saya hanya tahu setelah membaca berita desakan Ketua Pemuda UMNO Kedah Datuk Shaiful Hazizy supaya MB letak jawatan sebagai Presiden KFA (Persatuan Bola Sepak Kedah) di Utusan Malaysia dan Kosmo hari ini.

  1. Menurutnya cadangan itu adalah untuk jaga nama baik parti UMNO yang sering dijadikan” kambing hitam” oleh pihak berkepentingan yang menjadikan bola sepak sebagai medan mencetuskan amarah serta meraih simpati poltik,
Malah ,katanya, tindakan para penyokong”mengeboo” Ahmad Bashah pada perlawatan akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam Selangor Sabtu lalu adalah sesuatu yang tidak boleh diterima dan sangat mengecewakan.
Saya sendiri yang tidak hadir ke stadium itu tidak pasti bahawa suara teriakan penonton itu adalah mengeboo Ahmad Bashah sebaik sahaja nampak gambarnya di kaca besar TV tetapi bila mengesyaki demikian terlintas simpati saya kepadanya kerana walaupun mejangka hal ini akan berlaku tetapi beliau menghadirkan juga diri bagi menghormati protokol untuk bersama Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah.

Bagaimanapun saya kira adalah lebih bijak jika Ketua Pemuda UMNO Kedah hanya membisu dari menimbulkan pekara ini yang tidak mendatangkan faedah politik kepada MB Kedah yang sedang tergugat dengan ancaman politik yang amat serius di negeri Kedah terutama cabaran yang dihadapi dari PAS negeri Kedah sendiri yang pepat diluar tapi rencong di dalam.

– http://zamkata.blogspot.my/

.