SAYA DIMAKLUM LEBIH BAIK DARI PM KETURUNAN INDIA, KATA NAJIB

KUALA LUMPUR, 23 April -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerima kalungan bunga malai dari Presiden MIC merangkap Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam (kanan) ketika melancarkan Pelan Tindakan Sosio Ekonomi Masyarakat India di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (kiri). -- fotoBERNAMA (2017) HAK CIPTA TERPELIHARA

SEPANG – Datuk Seri Najib Razak mengingatkan usahanya dalam membangunkan masyarakat India di negara ini sambil menyindir Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tanpa menyebut nama bekas perdana menteri itu, Najib membuat perbandingan usaha yang dilakukannya berbanding pemerintahan perdana menteri sebelum ini.

“Sebab itu semasa saya jadi perdana menteri, RM900 juta saya peruntukan untuk sekolah jenis kebangsaan.

“Sebab itu, ada yang cakap saya lakukan lebih daripada semua bekas perdana menteri termasuk yang berketurunan daripada India,” katanya semasa berucap di majlis meraikan pendidikan Tamil di sini hari ini.

Perdana menteri berkata meningkatkan kebajikan masyarakat India merupakan agenda berterusan pentadbirannya sejak 2009.

– http://www.themalaymailonline.com/

.