Saya anti-Wahabi, saya sahut cabaran Perlis

Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin agak terburu-buru menjawab kritikan ke atasnya sehingga melakukan banyak kesilapan penulisan.

Beginilah selalunya berlaku pada dirinya seperti berlaku pada banyak buku-bukunya nya yang kurang berkualiti isi kandungan, penuh kritikan buruk, memfitnah ulama dan akhlak yang jelek.

Bila dia dikritik maka dia ajak debat. OK! saya sahut debat anda kerana saya anti-Wahabi.

Dalam tulisannya terkini di Malaysiakini berkaitan isu Wahabi, Mohd Asri kelihatan sangat emosianal sehingga mendakwa:

“Pada 15 November 1984 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan keputusan tarekat Naqsyabandiah Khalidiyyah sebagai sesat”.

MAZA mendakwa pada 1984 JAKIM mengeluarkan keputusan tarekat Naqsyabandiah Khalidiyyah adalah sesat.

Lawak seorang mufti! Buta sejarahkah? JAKIM ditubuhkan pada tahun 1997. Macam mana Asri dakwa sejak 1984 lagi JAKIM sudah keluarkan keputusan fatwa?

Kelemahan teruk mufti Perlis dalam memahami teks fatwa sekali lagi terbongkar bila kita selidik didapati fatwa yang cuba diperkatakan itu merupakan tarekat bawah pimpinan Kadirun Yahya.

Ia sesat berdasarkan apa yang dibawa oleh Kadirun Yahya dan bukan Naqsyabandiyah Khalidiyyah secara umum. Fatwa 1981 tersebut jelas tertulis sedemikian.

Sebagai seorang mufti, you kena teliti elok-elok bukan sapu rata.

Pada tahun 1992, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ada keluarkan keputusan sesatnya pembawaan atas nama tarekat tersebut oleh guru lain pula.

Jadi kamu kena faham beza antara dua, bukan pukul rata ala-ala Wahabi yang suka ratakan syirik pada semua umat Islam.

Banyak lagi perkara yang tidak betul ditulis Asri.

Saya tidak mahu mengaibkan dia, cukuplah pendedahan sikit ini agar semua tahu bagaimana seorang yang sangat lemah pemahaman pasal fatwa boleh jadi mufti.

Dan sekali lagi. Saya nyatakan saya sahut cabaran debat anda.

Bukan nak tunjuk sapa hebat tapi jika kami salah kami akui kami salah dan jika.

Jika anda pembohong Allah akan tunjukkan depan khalayak ramai. Telefon saya Abu Syafiq.  – M’kini

.