SATU LAGI CERITA KEJAYAAN NAJIB….

Hari ini harga minyak menaik lagi sebanyak 7 sen bagi Ron95 dan 6 sen bagi Ron97,  suatu kadar tertinggi sejak penetapan harga mingguan diperkenalkan kerajaan.

Dengan demikian, mulai 12 tengah malam nanti, harga baru bagi Ron95 ialah RM2.31 sen seliter dan RM2.60 sen bagi Ron97.

Sejak petang tadi, banyak kenderaan beratur di stesen-stesen minyak untuk mengambil kesempatan mengisi petrol pada kadar lama bagi bekalan sehari dua sebelum ia meningkat kepada harga baru mulai tengah malam ini.

Berdasarkan rekod, sejak 13 Julai lalu, harga petrol Ron95 iaitu yang merupakan kegunaan rakyat biasa telah mengalami kenaikan sebanyak 14 kali dengan jumlahnya 49 sen dan hanya turun 3 kali atau sebanyak 8 sen.

Siapakah yang menarik subsidi minyak dan menggantikannya dengan penetapan berdasarkan harga pasaran  yang tanpa kita sedar sejak pertengahan Julai lalu kenaikannya sudah hampir 50 sen seliter?

Naik : 4 sen (13.7.2017)

Naik : 6 sen (27.7.2017)

Naik : 4 sen (3.8.2017)

Naik : 5 sen (10.8.2017)

Naik : 3 sen (17.8.2017)

Naik : 3 sen (24.8.2017)

Naik : 1 sen (31.8.2017)

Naik : 4 sen (07.9.2017)

Naik : 1 sen (14.9.2017)

Turun : 2 sen (21.9.2017)

Turun : 3 sen (28.9.2017)

Naik : 3 sen 5.10.2017)

Turun : 3 sen (12.10.2017)

Naik : 1 sen (19.10.2017)

Naik : 3 sen (26.10.2017)

Naik : 4 sen (2.11.2017)

Naik : 7 sen (7.11.2017)

3 kali turun = 8 sen

14 kali naik = 49 sen

Bagaimana jika kenaikan ini berterusan lagi untuk minggu-minggu seterusnya dan bolehkah rakyat terus  bersabar  jika harganya mencecah sampai RM2.50 sen atau RM2.70 sen seliter?

Kepada Annuar Musa dan jentera penerangan UMNO, tidakkah kenaikan harga minyak yang berterusan ini merupakan satu lagi cerita kejayaan Najib yang wajar disebar-luaskan kepada orang kampung dan makcik-makcik Felda?

Mampukah rakyat bergembira dengan kenaikan ini atau lebih ramai jadi tertekan dan diserang darah tinggi selepas ini?

Apa pun, setiap kali ada kenaikan harga minyak, ingatlah kepada Tun Mahathir dan Pakatan Harapan yang antara lain menjanjikan harga minyak lebih stabil dan munasabah bagi rakyat kiranya  parti yang memerintah negara dapat diubah dalam pilihanraya akan datang.

– http://shahbudindotcom.blogspot.my

.