SANDIWARA? Pertemuan Anwar, Tun M tiada keikhlasan – Zahid

PUTRAJAYA – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pertemuan antara Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam sebagai pertemuan politik terdesak yang tiada keikhlasan.
Timbalan Perdana Menteri berkata, walaupun Mahathir tampak berjiwa besar menemui Anwar, tujuan tersirat bekas Perdana Menteri itu adalah semata-mata meraih sokongan daripada pihak pembangkang.

“Atas keterdesakan itu perkiraan Dr. Mahathir menemui Datuk Seri Anwar Ibrahim dan umum menganggap pertemuan itu adalah pertemuan politik yang tiada keikhlasan,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perjumpaan beliau bersama ahli-ahli lembaga pengarah, pengurus syarikat dan pelanggan industri kawalan keselamatan negara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE
.