SALLEH KERUAK HAIRAN LABEL M’SIA NEGARA GAGAL

merudum dan bankrap selain menyatakan Malaysia sebagai sebuah negara gagal.

“Dalam berpolitik, faktanya perlu tepat. Fakta tepat ini penting untuk imej negara, keyakinan pelabur kepada negara dan kestabilan politik negara.

“Dalam berpolitik kita boleh berbeza pendapat, tetapi dalam soal menjaga negara, itu adalah tanggungjawab kita semua.

“Sebab itu apabila kita mahu memberi komen tentang ekonomi negara, adalah salah jika kita mendakwa kedudukan ekonomi negara merudum dan bankrap. Dakwaan ini jauh dari fakta yang betul,” kata beliau dalam blognya.

Di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, jelas Salleh, fakta menunjukkan ekonomi negara semakin kukuh.

“Trading Economics 2017 melaporkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara berkembang pada kadar 5.6 peratus pada suku pertama tahun ini berbanding tahun 1998 (-7.36 peratus), 2008 (3.32 peratus) dan 2009 (-2.53 peratus).

“Fakta tepat ini perlu untuk menjaga imej negara dan pemimpin negara. Kita boleh tidak bersetuju dengan pemimpin, tetapi mempotraitkan gambaran yang tidak betul tentang perbuatan baik pemimpin adalah moral politik yang salah,” jelasnya.

Bagaimana pula Malaysia negara yang gagal jika laporan World Competitiveness Yearbook 2017 mencatatkan Malaysia berada di kedudukan 24 daripada 63 negara paling berdaya saing di dunia, kata beliau.

Kedudukan negara adalah lebih baik berbanding negara-negara Asean lain seperti Thailand di tangga 27, Filipina (41) dan Indonesia (42) manakala Myanmar, Vietnam, Laos, Kemboja dan Brunei tidak termasuk dalam senarai 63 buah negara ini, jelasnya.

Sebagai contoh, tambah beliau, perdana menteri dituduh boros dan merugikan wang rakyat kerana kerap ke luar negara.

Ia fakta yang salah kerana Najib ke luar negara untuk menarik pelaburan luar, bukannya melancong, ujar beliau.
“Misalnya, lawatan perdana menteri ke India menghasilkan nilai pelaburan sebanyak RM159 bilion. Lawatan perdana menteri ke China pula menarik masuk pelaburan China bernilai RM144 bilion.

“Dengan hasil pelaburan langsung asing sebanyak ini, kita membangunkan Projek Pelabuhan Pulau Carey yang bernilai US$9.39 bilion, Robotic Future City di Johor Bahru seluas 404.6 hektar yang bernilai RM15 bilion dan lainnya,” jelasnya.

Hasil daripada pembinaan projek ini, katanya lagi, rakyat mempunyai pekerjaan dan ekonomi negara bergerak maju.

– M’kini

.