SALLEH JAWAB MAHATHIR: SAYA 5 KAKI 11 INCI

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak tidak nampak logik dalam jawapan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap soalannya.

“Apa kaitan dengan ketinggian saya,” soalnya.

“Tambahan pula, saya 5’11. Jadi saya yakin saya lebih tinggi daripadanya.

“Hakikatnya, saya kekal setia kepada Umno ketika ia berlayar melalui perairan yang bermasalah daripada mahu menenggelamkan kapal kerana perbezaan dengan kapten yang membuktikan saya lebih tinggi daripadanya,” katanya kepada Malaysiakini.

Salleh mengulas kenyataan Mahathir yang membidas menteri Umno ituberhubung pengumuman senarai barisan kepimpinan Pakatan Harapan, malam semalam.

Beliau berkata, senarai itu tidak menjelaskan siapa yang berkuasa membuat keputusan muktamad dalam gabungan itu.

Ditanya mengenai perkara itu, Mahathir menjawab: “Ini adalah antara perkara yang mahu diukur oleh Salleh. Dia mahu ukur siapa tinggi atau pendek, sedangkan dia juga pendek.”

Salleh berkata jawapan Mahathir adalah pelik dan tidak menangani isu yang dibangkitkannya.
Walau bagaimanapun, menteri itu tidak terkejut dengan cara bekas perdana menteri berkenaan mengelakkan perhatian dengan memberi tumpuan kepada sifat fizikal seseorang sebaliknya.

“Ini bukan kali pertama Mahathir membuat kenyataan seumpama itu. Beliau bercakap mengenai berat badan orang lain dan juga penampilan mereka. Di sebalik itu, masih ada menganggapnya sebagai negarawan,” katanya.

– http://www.malaysiakini.com

.