SAKSI: ANWAR KATA TERPAKSA UNDUR JIKA ANGKA SEBENAR DIDEDAH

Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah berkata akan meletakkan jawatan sebagai menteri kewangan jika jumlah sebenar kerugian Bank Negara dalam urus niaga pertukaran asing didedahkan, dakwa saksi.

Memberi keterangan kepada suruhanjaya diraja (RCI) kes itu, bekas penolong gabenor Bank Negara Datuk Abdul Khalid Murad berkata Anwar memberitahu perkara itu kepadanya sendiri.

Membacakan kenyataan saksi, Murad berkata pada tahun 1994, gabenor ketika itu Tan Sri Jaafar Hussein mengarahkannya menjejaskan kerugian itu kepada Anwar.

Ketika itu, Murad, yang awal tahun ini mendedahkan jumlah kerugian mencecah AS$10 bilion, menjadi penasihat Bank Negara.

“Anwar minta saya ikut penerbangan ke Hawaii untuk membekalkan penjelasan berkaitan kerugian forex, seperti diarahkan Jaafar,” katanya kepada suruhanjaya itu.

Selepas menjelaskan perkara itu kepada Anwar, Murad berkata bekas timbalan perdana menteri mengaku faham beliau faham isu itu dan akan membincangkannya dengan Jaafar.

“Selain itu, selepas menjelaskan, Anwar berkata jika angka sebenar kerugian forex didedahkan kepada umum, beliau mungkin terpaksa meletakkan jawatan sebagai menteri kewangan,” katanya.

Pagi tadi, saksi pertama RCI, bekas kakitangan Bank Negara Abdul Aziz Abdul Manaf memberitahu suruhanjaya itu bahawa kerugian itu berjumlah RM31.516 bilion anara tahun 1991 hingga 1994.

– https://www.malaysiakini.com

.