SAIFUL MENIPU DAN HANYA UNTUK TARIK PERHATIAN

1. Minggu lepas dalang sebalik Fitnah 2, Saiful Bukhari telah mengeluarkan kenyataan menyatakan ada kawan rapat Anwar Ibrahim telah menemuinya mewakili keluarga Anwar untuk memohon maaf dan memohon dia untuk mengajukan permohonan pengampunan di raja bagi pihak Anwar Ibrahim.

2. Rentetan dari kenyataan Saiful tersebut juga saya telah dihubungi minggu lepas oleh beberapa orang wartawan bagi meminta respon saya berkenaan perkara ini. Namun saya tidak memberikan sebarang komen untuk memberi ruang mengenal pasti duduk sebenar perkara tersebut. Setakat ini saya sahkan bahawa kenyataan Saiful itu menipu dan hanya untuk menarik perhatian semata – mata.

3. Saiful dicabar jika dia tidak menipu dedahkan siapa kononya kawan rapat tersebut ? Sudah tentu Saiful tidak akan mampu menyebutnya kerana dia hanya mereka cerita. Cukuplah dengan cerita dia ‘dirogol’ Anwar dengan dia membawa KY Jelly sendiri dalam beg nya. Dia dipaksa diliwat dengan gagal melawan orang tua yang jarak beza umur mereka 38 tahun dengan tahap kesihatan Anwar yang sangat tidak membenarkan perkara tersebut berlaku.

4. Ramai perlu tahu bahawa plot fitnah 2 ke atas Anwar sememangnya konspirasi politik. Saiful sendiri ketika berkomunikasi melalui aplikasi laman sosial dengan Anuar Mohd Nor salah seorang blogger dan penulis pro Umno secara jelas mengakui penglibatan Mahathir Mohamad dalam konspirasi Fitnah 2. Saiful mengakui bertemu Mahathir untuk mendapatkan nasihat berkaitan. Saiful juga perlu menjelaskan pertemuan dengan Ezam Mohd Nor sebelum dia disusun ke hospital dan membuat laporan polis. Saiful juga perlu menjelaskan bagaimana dia hadir bertemu Najib Razak dan isteri dua hari sebelum beliau kononya dirogol oleh Anwar Ibrahim.

Beranikah Saiful tampil menjelaskan perkara – perkara tersebut dan sebelum itu menyebut siapa kononya kenalan rapat Anwar itu ?

lanjut klik http://chegubard.blogspot.my/2017/01/saiful-menipu-dan-hanya-untuk-tarik.html

– MAILBAG

.