SABARLAH DULU USTAZ

Dalam satu sidang media pagi semalam, Pas dengan bangganya mengumumkan akan menganjurkan perhimpunan mega berkaitan Akta 355 di Dataran Merdeka, pada 18 Februari depan.
Dillaporkan bahawa seramai 300 ribu orang dijangka akan menghadiri perhimpunan tersebut yang bermula jam 3 petang hingga 11 malam.
Alternatif lain ada, tapi kita yakin dapat Dataran Merdeka, ujar Tuan Ibrahim tanpa ragu-ragu.
Himpunan yang disokong oleh ratusan NGO itu turut juga menjemput parti-parti politik lain, sama ada yang menyokong, mahu pun yang tidak bersetuju dengan Akta 355 itu.
Ketua Penerangan Pas, Nasharuddin Hassan diberitakan memberitahu, selain DAP dan Amanah, “malaikat” pun dijemput sama untuk menaungi dan memberi rahmat kepada program tersebut.
Perghhh….
Bagaimanapun, petang semalam juga Datuk Bandar Kuala Lumpur menegaskan Pas tidak akan dibenarkan menggunakan Dataran Merdeka untuk mengadakan perhimpunan itu.
Tidak dan tiada rundingan, kata Mhd Amin Nordin.
Agaknya Pas sedikit terlupa bahawa perhimpunan Akta 355 adalah berbeza dengan perhimpunan Bersih yang sudah beberapa kali diadakan sebelum ini di Dataran Merdeka, itu pun tanpa kelulusan rasmi, apabila dengan penuh yakin menyebut tempat yang sama sebagai lokasi program anjuran mereka.
Perhimpunan berkaitan Akta 355 bukanlah perhimpunan yang boleh dianggap perhimpunan rakyat, ia adalah anjuran parti politik dan sudah tentu Dataran Merdeka bukanlah tempat yang wajar untuk mengadakannya.
Lagi pun, Pas masih lagi dalam kedudukan sebagai parti pembangkang, meskipun berkawan rapat dan dua tiga kali sudah “berdating” dengan UMNO.
Apakah Pas merasakan oleh kerana ia  berkawan baik dengan UMNO dan sudah dibawa sampai ke London untuk bercakap mengenai Akta 355, maka seolah-olah ada keistimewaan untuk menggunakan Dataran Merdeka?

Sabarlah dulu Ustaz….

– http://shahbudindotcom.blogspot.com/

.