RUNDING KERUSI HARAPAN SELANGOR HINGGA PRU

SHAH ALAM – Tempoh proses rundingan kerusi bagi Pakatan Harapan Selangor masih berjalan sehinggalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan tarikh pembuburan parlimen.

Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan Selangor, Dr Xavier Jayakumar bagaimanapun enggan mengulas lanjut apakah masalah yang dihadapi gabungan itu sehingga menyebabkan proses itu perlu dilanjutkan.

“Ia masih berjalan, tarikh akhir (dateline) bila Najib umum tarikh bubar parlimen,” katanya dalam satu sidang media, di sini hari ini.

Terdahulu media melaporkan tarikh akhir rundingan peringkat negeri seperti yang ditetapkan oleh Pakatan Harapan Nasional ialah pada 31 Januari ini, sedangkan Pakatan Harapan Selangor masih belum memulakan rundingan secara rasmi untuk agihan kerusi negeri walau tempoh yang ditetapkan semakin hampir dengan tarikh akhir.

Laporan sebuah portal berita mendakwa antara punca yang dikenalpasti adalah tindakan PKR yang masih cuba menarik Pas bersama, kerana dikhuati akan kalah tanpa penyertaan parti Islam itu.

Dakwaan itu bagaimapun dinafikan Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin.

Zuraida berkata, sehingga kini  Pakatan Harapan Selangor sudah mengadakan enam mesyuarat rasmi berhubung agihan kerusi.

Pas dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan PKR di Selangor.

Meskipun Pas telah memutuskan hubungan dengan PKR tahun lalu, parti itu masih lagi menjadi sebahagian kerajaan negeri Selangor.

– http://www.sinarharian.com.my

.