RU14: AMANAH FOKUS TAWAN KEDAH

ALOR SETAR – Misi tawan kembali Kedah menjadi antara agenda utama dalam Konvensyen Parti Amanah Negara (Amanah) yang dijadualkan akan berlangsung pada 15 hingga 17 September depan.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, Kedah dipilih sebagai lokasi konvensyen pada kali ini disebabkan perkembangan parti itu dan Pakatan Harapan yang dilihat begitu subur selain dijangka mampu membawa perubahan peralihan kuasa pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

Menurutnya,konvensyen yang akan berlangsung selama tiga hari itu akan dimulakan dengan majlis kenduri rakyat di Wisma Amanah di Bandar Stargate dan akan disusuli dengan Ceramah Mega Pakatan Harapan pada sebelah malam.

Mohamad Sabu berkata, sokongan ramai pada konvensyen itu akan memberikan mesej jelas kepada negara khususnya masyarakat di negeri Kedah yang rakyat mahukan perubahan dan tidak mahu lagi terus ditekan dibawah kerajaan BN.

– http://www.sinarharian.com.my/

.