REMAJA DIROGOL MAJIKAN, DIPAKSA SEKS ORAL DENGAN ISTERI

KAJANG – Seorang pekerja bengkel besi buruk di Bandar Teknologi dekat sini mendakwa diperkosa majikan dan dipaksa menjilat kemaluan isterinya.

Remaja perempuan itu dan teman lelakinya juga sering dipukul pasangan itu jika tidak berpuas hati dengan hasil kerja mereka, lapor Sinar Harian.

Ketua polis daerah Kajang berkata pihaknya menerima aduan bahawa remaja, yang tidak bersekolah itu, diperkosa beberapa kali sejak Julai.

“Bagaimanapun, pada September lalu, teman lelaki mangsa telah berjaya melarikan diri dari rumah suspek,” kata ACP Dzaffir Mohd Yussof.

“Manakala mangsa melarikan diri pada 3 Oktober lalu dengan bantuan seorang kenalan lelakinya.”

Dzafir berkata hasil pemeriksaan doktor, ada kesan koyakan lama pada kemaluan mangsa. Di anggota badannya pula ada parut dan kesan luka disyaki dipukul.

Polis sedang menjejaki pesangan suami isteri itu dan kes disiasat bawah Seksyen 376 dan 324 Kanun Keseksaan.

– Malay Mail

.