REKOD PERUBATAN, GIGI AKAN SAHKAN IDENTITI JONG-NAM – DR HILMI

GEORGE TOWN – Kementerian Kesihtan masih menunggu rekod kesihatan dan pergigian Kim Jong-nam untuk mengesahkan identitinya.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, keputusan identiti mangsa kes bunuh itu dapat diketahui jika pihaknya memperoleh maklumat berkenaan.

“Kami di peringkat akhir siasatan. Bagaimanapun ketika ini kami masih menunggu Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Luar untuk mendapatkan maklumat sama ada rekod kesihatan atau pergigian,” katanya pada sidang media selepas melancarkan pasukan simpanan sukarela Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia di KD Sri Pinang, Jalan Akuarium pada Sabtu.

Beliau berkaa, kaedah sama digunakan untuk mengenal pasti mangsa tragedi MH17 sebelum ini.
Dr Hilmi berkata, pasukan forensik negara ini adalah antara yang terbaik di dunia dan dijangka dapat mengesahkan identiti mangsa sebaik laporan itu diperoleh.

Jong-nam terbunuh apabila diserang dua wanita menggunakan agen saraf VX di KLIA2 ketika menunggu penerbangan ke Macau pada 13 Februari lalu.

– Mstar

.