RARA DAP KECAM NETIZEN GELARNYA PELACUR, IBLIS

Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Young Syefura Othman hari ini mengecam netizen yang menganggunya dengan komen-komen berbaur lucah dan kesat.

Ini selepas anggota Majlis Perbandaran Kajang yang lebih dikenali sebagai Rara itu memuat naik video klip di Facebook mengenai lawatannya ke Bazar Ramadan Cheras, Ahad lalu.

Bercakap kepada Malaysiakini, Rara berkata beliau menyiarkan video itu untuk menunjukkan penerimaan penduduk di Cheras yang melayaninya dengan baik, berbanding anggota Parlimen Kluang, Liew Chin Tong.

Bagaimanapun, Rara berkata sebahagian netizen memilih untuk memberikan komen lucah terhadapnya, sementara ada yang menuduhnya mengkhianati Melayu dengan menyertai DAP.

Rara memuat naik cetakan skrin pada komen berkenaan di Twitter yang menggelarnya sebagai “pelacur Melayu” dan “iblis”.

15h
楊雪嬅 @youngsyefura
Aku malas amik peduli tapi aku rasa makin dibiarkan makin membiak perangai alim bodoh lelaki-lelaki mcm ni.

Follow
楊雪嬅 @youngsyefura
Lol aku pakai baju kurung pun kena komen gini. Kesian wey lelaki-lelaki mcm ni. pic.twitter.com/gHGbRVswqv

11:20 PM – 12 Jun 2017

646646 Retweets

192192 likes
Twitter Ads info and privacy

“Aku pakai baju kurung pun kena komen begini. Kesian weh lelaki-lelaki macam ni,” kata Rara di Twitter.

Ahli politik berusia 28 tahun itu mengakui beliau biasa menerima komen lucah dan negatif dari netizen, tetapi menyangka ia tidak akan berlaku semasa bulan Ramadan.

“Isu seperti sexual harassment, rogol dan sebagainya harus diambil berat. Ahli politik wanita paling kerap menerima gangguan seksual dan ugutan rogol dan lain-lain. Perkara seperti ini amat menyedihkan kerana mentaliti yang sangat rendah pada masyarakat hari ini,” katanya.

Beliau menyeru supaya wanita Malaysia bersuara dalam isu ini bagi menghalang kejadian yang sama berlaku dan membantu mangsa gangguan seksual lain.

Syefura, bagaimanapun, tidak merancang untuk membuat laporan polis.

Sabtu lepas, Liew dihalau keluar dari bazar Ramadan Bandar Kluang ketika mengedarkan kurma kepada para pengunjung di situ.

Ia adalah kali kedua Liew dihalau dari bazar yang sama, dan kali pertama berlaku pada tahun 2014.

– M’kini

.