Rafizi tulis surat terbuka, mungkin sidang terakhir di parlimen

Sempena sidang baru parlimen hari ini, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mengambil kesempatan mengemukakan surat terbuka kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau, antara lain mendakwa kerajaan memanipulasi perbezaan tafsiran terhadap rang undang-undang (RUU) persendirian yang akan dibentangkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menambah bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Pindaan Akta 355 itu sering dirujuk sebagai RUU Hudud walaupun PAS menafikannya.
“Manipulasi RUU 355 boleh mengundang kebencian antara masyarakat,” katanya.

Beliau sebelum ini berkata, beliau percaya persidangan parlimen sesi baru yang bermula hari ini akan menjadi penampilan terakhirnya.

Ini kerana, katanya, keputusan pendakwaan bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) terhadapnya dijadual disampaikan pada 14 November depan.

“Saya jangkakan proses rayuan yang cepat selepas itu dan kemungkinan besar saya tidak akan ada untuk sesi Mac 2017,” katanya.

– M’kini

.