PUTRAJAYA DAPAT ‘F’ BAGI PERPADUAN NEGARA

APA apa yang diperlukan untuk memastikan Malaysia terus memiliki perpaduan dan keharmonian negara, atau muhibbah seperti sebelumnya?

Ia memerlukan rakyat Malaysia menghormati satu sama lain, menerima antara satu sama lain dan secara umumnya tidak menjatuhkan antara satu sama lain. Dalam lain perkataan lain, hidup selesa bersama-sama. Bukanlah sukarkan?

Terdapat peringatan berterusan bagi perpaduan negara, terutamanya setiap kali seseorang atau sesetengah organisasi memburuk-burukkan atau memisahkan rakyat dengan menggunakan bangsa atau agama. Sebagai contoh, isu kedai dobi di Johor baru-baru ini.

Ia memerlukan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar membetulkan semula perkara itu, mengatakan dengan jelas dan tegas yang Johor bukanlah negara Taliban dan perkhidmatan perlulah dibuka kepada semua, dan bukan komuniti tertentu.

Terdapat juga kejadian yang serupa di Perlis dan pihak istana negeri bertindak sama seperti Sultan Johor. Dan Majlis Raja-raja Melayu semalam menyokongnya dalam persidangan mereka.

“Raja-Raja Melayu sangat menghargai pendirian Seri Paduka Baginda Sultan Johor dalam melarang ‘dobi untuk Muslim sahaja’ di negeri Johor, serta pendirian yang diambil oleh Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis dalam kes serupa di negeri Perlis,” kata satu kenyataan yang dikeluarkan dan ditandatangani oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu, Syed Danial Syed Ahmad.

Dan tidak kira bagaimana anda melihat kenyataan Raja-Raja Melayu itu, satu fakta jelas muncul: kerajaan Najib Razak memperoleh “F” dalam perpaduan negara. Dengan kata lain, “gagal” merealisasikan perpaduan negara.

Kerajaan persekutuan berdiam diri sepanjang semua ini berlaku. Tiada seorang pun daripada pemerintah hari ini yang bercakap tentang 1Malaysia, yang menegaskan mengenai perpaduan negara, mengatakan ia adalah kerajaan untuk semua.

Kerajaan berlagak bodoh. Sehinggalah pihak istana keluar dan memberitahu pemilik kedai dobi yang tindakan mereka bertentangan dengan apa yang Malaysia pertahankan.

Ia tidak mengejutkan yang Raja-Raja Melayu hanya mengisi kekosongan kepimpinan – yang pernah menjadi tugas kerajaan hari ini.

Perdana menteri dan Kabinetnya pada masa lalu akan segera mendiamkan sesiapa yang mengancam perpaduan dan keharmonian negara. Tetapi tidak lagi. Mereka kini bisu, buta kepada perbuatan dan pekak kepada gesaan terhadap perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.

Masyarakat pelbagai kaum di Malaysia yang bercakap tentang perpaduan dalam kepelbagaian memerlukan kerajaan yang tidak akan membiarkan sesiapa saja yang mengancam perpaduan dan keharmonian.

Jika ia mengambil tindakan terhadap pengganas dan ahli politik yang memupuh benih pecah belah, ia juga harus menghentikan mereka yang menunjukkan sikap tidak bertoleransi dan ketaksuban terhadap orang lain.

Sekiranya ia memerlukan Raja-Raja Melayu berbuat demikian, apa gunanya kerajaan rakyat yang dipilih rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat?

Lebih baik rakyat Malaysia bergantung sahaja kepada Raja-Raja untuk melakukan semua itu, bukannya “Napoleon kecil” yang menguasai rakyat tetapi tidak melakukan apa-apa untuk menjaga keamanan, keharmonian dan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.

– M’kini

.