PUNCA RAKYAT MENGEBOO MENTERI BESAR KEDAH

Di bawah ini  sebahagian dari reaksi rakyat kedah terhadap perbuatan mengejek atau mengeboo
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahamad Bashah yang kerap berlaku di pertandingan-pertandingan  bola sepak peringkat nasional.

Terkini di pertandingan akhir Kedah melawan JDT. Ini menimbulkan kemarahan Pemuda UMNO Kedah yang meminta MB supaya meletakan jawatan Presiden KFA supaya tidak menjadi mangsa ” Kambing Hitam” oleh gulongan yang tidak tahu menghargai jasanya. MB menyatakan kesanggupan untuk berbuat demikian jika dikehendaki oleh KFA sendiri.

Reaksi yang timbul  mengaitkan dengan rasa tidak puas hati rakyat terhadap kepimpinan Kedah sekarang  dan juga MB sebelum Mukhriz Tun Mahathir malah ada yang mengatakan kejayaan BN kembali menguasai Kedah  kerana mengetahui Mukhriz akan jadi MB.

Rekasi ini timbul dari posting saya terdahulu  yag bertajuk” SAYA HANYA TAHU MB DIBOO SETELAH MEMBACA DESAKAN PEMUDA UMNO KEDAH.

Anonymous8 November 2017 at 09:24
Kenapa salahkan penyokong Kedah yang boo MB mereka sendiri?

Walaupun perbuatan tersebut adalah sesuatu yang amat buruk kerana mengaibkan beliau tetapi pernahkan kita bertanya apakah punca terjadinya sedemikian? Apakah punca rakyat Kedah mengejek-ngejek MB mereka sendiri?

Jawapannya Mukhriz Mahathir masih lagi disayangi rakyat Kedah. Beliau masih lagi popular di kalangan rakyat Kedah. Rakyat Kedah buang Pas dulu dari tampuk pemerintahan negeri pun pasal mendengar ura-ura yang Muhkriz bakal jadi MB Kedah jika BN menang di Kedah.

Bila Mukhriz duk elok jadi MB tiba-tiba beliau dipecat tanpa sebab. Siapa yang tak marah bila MB yang popular dikalangan rakyat dibuang dan digantikan dengan ‘yes boss’. Ahmad Bashah terpaksa terima hakikat yang beliau akan duduk atas ‘bara api’ sehinggalah PRU-14!..

Kerusi MB Kedah adalah hak milik rakyat Kedah, bukan milik orang politik di Putrajaya. Rakyat adalah boss kepada MB.

Ya kita boleh berbuat sesuka hati seperti tukar MB macam tukar seluar sebab kita ada kuasa. Tapi beringatlah rakyat jelata bukannya robot. Mereka ada hati. Mereka ada perasaan. Kalau kau buat mereka seperti sampah yang boleh di tolak ke bawah ke tepi, bersedialah menerima api amarah mereka.

Apa yang berlaku di stadium di Shah Alam adalah satu peringatan kepada politik pemerintah yang pilihan rakyat hendaklah dihormati jika mahu rakyat menghormati kamu. Kalau kamu boleh buat sesuka hati, rakyat Kedah pun boleh berbuat sesuka hati seperti mengeboo MB mereka sendiri di tempat lawan.
ir. miringila8 November 2017 at 07:38
Aku masih teringat ketika PAS memerintah Kedah. Di kawasan perumahan aku ada 2 JKKK satu PAS dan satu lagi JKKP (UMNO). Satu kawasan 2 ketua kampung! Apa maknanya? Mereka kata untuk kemudahan rakyat. Bagi aku orang Politik kerja mereka hanya memecah belahkan rakyat. Mereka hanya mementingkan Parti mereka. Sebelum dipilih menjadi WAKIL RAKYAT mereka nampak seakan mahu rakyat memilih mereka menjadi wakil rakyat. Tetapi terus berubah apabila dipilih.. setelah dipilih mereka tiba tiba menjadi wakil PARTI. PARTI dahulu kemudian baru RAKYAT. MEMANG PATUT MB KENA BOO.

Segala bantuan dari kerajaan pusat disalurkan kepada JKKKP bukannya JKKK kerana apa? Kerana POLITIK kepartian.. sedangkan segala macam hasil kerajaan adalah usaha bersama rakyat dari kutipan cukai yang sepatutnya disalurkan kepada sesiapa yang dipilih rakyat bukannya PARTI.

Tahap politik seperti inilah yang menyebabkan rakyat marah. MEMANG PATUT MB KENA BOO.

Kerana Kepartian mereka,mereka sanggup buat apa sahaja. Perpaduan dijadikan wayang dimata rakyat.
Apalah salahnya sekiranya selepas dipilih menjadi wakil rakyat, mereka benar-benar menjadi wakil kepada rakyat? Mengapa mereka memilih untuk menjadi wakil PARTI?

Aku amat berharap supaya lebih ramai wakil rakyat yang tiba-tiba bertukar menjadi wakil parti di BOO selepas ini.

MEMANG PATUT MB KENA BOO.

– http://zamkata.blogspot.my/

.