PUAD ZARKASHI: TAK PERLU ‘BERSAMA’ JIKA TAK SEHALUAN

SHAH ALAM – Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi sekali lagi mengulangi gesaan terhadap dua tokoh utama dalam Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) untuk melepaskan jawatan masing-masing.

Kata beliau, tidak ada keperluan bagi Pengerusi (FGV), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV (CEO), Datuk Zakaria Arshad kekal untuk kekal dalam syarikat itu sekiranya tiada persefahaman antara mereka.

“Tidak perlu (Mohd Isa dan Zakaria) susah membuat keputusan (lepas jawatan) kerana apa yang diputuskan adalah demi kepentingan peneroka dan jangan aniaya mereka.

“Oleh itu, sekali lagi saya mempertahankan pendirian supaya mereka berdua mengundurkan diri dengan cara bermaruah kerana ada yang lebih layak,” katanya kepada media selepas Majlis Iftar Ramadan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Selangor di sini hari iselep

Sementara itu mengulas mengenai persiapan PRU14, Mohd Puad yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno menyatakan cabaran utama yang perlu dihadapi adalah menangani emosi dan persepsi masyarakat.

“Sebagai contoh, wujud persepsi mengatakan kerajaan gagal dan muflis, tetapi realitinya pelabur asing di negara ini semakin bertambah.

“Ini adalah tohmahan yang sering digunakan pembangkang dan ia perlu ditangani daripada terus diperkatakan serta mempengaruhi masyarakat,” katanya.

– SH

.