PUA MENGAKUI DAPAT PINJAMAN DARI SEE-TO 12 TAHUN LALU TAPI…

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua mengaku telah menerima pinjaman RM100,000 dari Eric See-To, yang kini timbalan pengarah komunikasi strategik BN, 12 tahun lalu.

Bagaimanapun, kata Pua, pada masa itu See-To belum lagi bersama gabungan parti memerintah itu, dan begitu juga pinjaman itu tidak menjadikannya ‘seseorang’.

“Ya, anda telah bermurah hati memberi saya pinjaman RM100,000 untuk syarikat saya ketika kami menghadapi masalah dengan penghutang kami sendiri kira-kira 12 tahun lalu – telah dibayar balik sepenuhnya, ya, 12 tahun lalu. Ya, terima kasih banyak-banyak.

“Jadi, kerana itu, anda jadi ‘seseorang’? Kerana itu, anda rasa sangat ‘disakiti’?…” begitulah antara posting Pua di Facebook malam tadi.

See-To (foto) mendedahkan bahawa beliau telah memberikan pinjaman kepada ahli Parlimen DAP itu pada 2008 ekoran isu terkini untuk mengadakan debat.

Pinjaman itu adalah untuk sebuah syarikat IT yang Pua kendalikan yang menurut See-TO mengalami kerugian.

Ketika ditanya seorang komentator mengenai mengambil pinjaman dari seseorang dalam BN, Pua menjawab: “Dia belum lagi bersama BN ketika itu.”

Perang mulut antara kedua mereka tercetus semalam selepas Pua memberitahu Malaysiakini bahawa dia tiada masalah untuk mengambil bahagiandalam bahas mengenai terowong bawah laut Pulau Pinang, tetapi berkata beliau mahu bersemuka dengan menteri, yang juga pengarah komunikasi strategik, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, dan bukannya dengan seseorang seperti See-To.

– M’kini

.