PRU 14 SEBELUM 11 JUN?

Menurut Dr. Wan Azizah Wan Ismail, suaminya iaitu Anwar Ibrahim akan dibebaskan pada 11 Jun depan – lima bulan daripada sekarang.
Insya Allah, kalau diizinkan Tuhan, mengikut lunas undang-undang, pada 11 Jun ini Anwar akan dibebaskan, ujar beliau.
Pada PRU 13 lalu, Anwar yang mengetuai Pakatan Rakyat hampir-hampir berjaya menumbangkan UMNO dan BN dengan perbezaan kerusi 133-89, suatu rekod paling buruk dan kekal tiada majoriti 2/3 sejak 2008.
Meskipun demikian, Pakatan Rakyat meraih undi popular yang lebih tinggi ialah hampir 52 peratus berbanding BN yang cuma 48 peratus.
Ketika itu, Tun Mahathir Mohamad masih bersama dengan UMNO dan turut berkempen ke beberapa negeri untuk memastikan kemenangan UMNO dan BN.
Tetapi kini, Tun Mahathir sudah keluar UMNO dan menubuhkan Bersatu serta mengetuai gabungan Pakatan Harapan serta sedang bekerja kuat untuk menyingkirkan Najib yang digelarnya sebagai kleptokrat, pencuri serta penyamun.
Dengan bebasnya Anwar pada 11 Jun, apakah ini bermakna pilihanraya umum akan diadakan sebelum tarikh pembebasan bekas Timbalan Perdana Menteri itu?

Beranikah Najib mengadakan PRU 14 selepas tarikh 11 Jun dan membiarkan Tun Mahathir dan Anwar bebas duduk sepentas dalam kempen dan ceramah pilihanraya yang bertujuan mahu menjatuhkannya?

– http://shahbudindotcom.blogspot.my/

.