PRU 14 DIAWALKAN?

Di Berlin semalam, menurut laporan agensi berita Reuters, Najib Razak dilapor menyatakan tiada perancangan untuk mengadakan pilihanraya lebih awal sehingga tarikh akhirnya pada 2018.

Katanya, sebarang keputusan untuk mengadakan pilihanraya tidak sepatutnya dibuat berdasarkan sesuatu faktor tertentu.

Bagaimanapun, beberapa jam kemudian, Najib membetulkan laporan tersebut yang dianggap tidak tepat.

Dalam penjelasannya kepada Bernama, Najib berkata, beliau tidak pernah menyatakan dengan pasti bahawa pilihanraya akan diadakan pada 2018 atau kemungkinan mengadakan pilihanraya lebih awal daripada itu.
“Saya tidak menyatakan bahawa pilihanraya akan diadakan pada 2018. Apa yang saya nyatakan pilihanraya tidak dijadual sehingga 2018, tetapi penentuan tarikh pilihanraya tidak bergantung kepada faktor tunggal, sebaliknya kepada beberapa faktor.
“Saya tidak menyatakan dengan pasti tarikh pilihanraya ialah pada 2018 dan tidak juga menyatakan kesediaan untuk mengadakan pilihanraya awal,” jelasnya lagi.
Apakah makna penjelasan atau pembetulan laporan tersebut?
Mengapa Najib rasa begitu tidak selesa dengan laporan awal yang mengatakan beliau tidak perancangan untuk mengadakan pilihanraya lebih awal sehingga tarikh akhirnya pada 2018?
Apa perlunya dinyatakan semula bahawa beliau tidak menyatakan dengan pasti pilihanraya akan diadakan pada 2018 dan tidak juga lebih awal daripada itu?

Apakah ia bermaksud bahawa Najib memang ada perancangan untuk mengadakan pilihanraya lebjh awal atau secara mengejut di ketika parti-parti pembangkang belum ada kata sepakat mengenai pembahagian kerusi dan dalam masa yang sama pembentukan PPBM  juga masih belum tersusun rapi?

Jika tidak, kenapa Najib begitu pantas membetulkan laporan Reuters itu?
– http://shahbudindotcom.blogspot.my/

.