PROTON JADI PLOTON?

Trend menjual, menjual dan menjual kepada China nampaknya berterusan lagi. Setelah sekian banyak diserahkah kepada negara tersebut, kini kita dikejutkan lagi dengan berita syarikat kereta nasional, Proton juga mahu dijual kepada mereka.
Kali ini, syarikat pembuat kereta China, Geely dikhabarkan akan membeli 51 peratus pegangan dalam kilang pembuatan Proton di Tanjung Malim yang sebelum ini menjadi kebanggaan negara kerana kemampuan membinanya tanpa berhutang dengan sesiapa.
Dengan kata lain, kilang itu dibina dengan wang tunai milik Proton sendiri
Mahu tidak mahu dan walaupun cuba disembunyikan daripada orang-orang kampung serta makcik Felda, hakikatnya, inilah satu lagi bahana 1MDB yang menimpa kita.
Disebabkan hutang yang terlalu tinggi, tidak mampu membayarnya serta terdesak ingin mengambusnya sebelum tiba tarikh pilihanraya, maka cara mudahnya  ialah dengan pemimpin kita menukar gelaran mereka lebihnkepada “jurujual”.
Sebab itulah, berita mengenai Proton ini tidak akan dijumpai dalam Utusan dan TV3. Kalau boleh biar orang kampung dak makcik Felda tidak tahu mengenainya.
Apabila China sudah menguasai 51 peratus pemilikan Proton, apakah nasib vendor-vendor Bumiputera yang selama ini “cari makan” di situ?
Mampukah mereka terus bersaing dengan vendor-vendor daripada China yang tentu lebih murah harganya?
Adakah juga kilang itu nanti, daripada memasang  dan mengeluarkan model kereta sendiri, akan bertukar menjadi tempat untuk hanya pasang pintu, bonet, cermin dan lain-lain model Geely daripada China?
Maka, apa jadi kepada Proton akhirnya?

Proton jadilah  Ploton jawabnya!!!

– http://shahbudindotcom.blogspot.my/

.