PROTES SENYAP MELANDA KUBU UMNO DI TERENGGANU

PEMBERONTAKAN secara senyap di kubu Umno di Besut mungkin akan memberi Pakatan Harapan (PH) tempat di Terengganu ketika parti dominan di negeri itu, Umno dan PAS berdepan persaingan sengit.

Aktivis akar umbi dan penduduk berkata bagaimana cara PH tawan Besut, satu kawasan yang terpencil, bersempadan dengan Kelantan itu, akan menjadi petanda untuk pencapaiannya di keseluruhan Terengganu.

Ini memandangkan Besut dan kerusi berjiran dengannya, Setiu dimenangi oleh Umno pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 walaupun kemenangan pembangkang di seluruh negara agak besar pada 2013.

Logiknya ialah jika PH boleh memenangi hati penduduk luar bandar, yang secara tradisionalnya penyokong tegar Umno atau PAS, ini bermakna ia boleh menang di mana saja sekalipun kerana ia sudah pun mendapat sokongan teguh dalam kalangan masyarakat bandar.

Sesetengah penduduk menjangkakan suasana di Besut sama seperti sebelum PRU10 pada 1999, ketika negeri itu jatuh kepada PAS.

“Ia rasa seperti 1999 sekali lagi berdasarkan kepada apa yang orang ramai beritahu saya,” kata Alias Ahmad, 69, bekas guru agama dan ahli PAS ketika ditemui di ceramah PH bertajuk “Selamatkan Malaysia”.

“Pada 1999 ia tentang reaksi mereka terhadap mata hitam (bekas timbalan perdana menteri) Anwar Ibrahim. Kali ini fasal mereka ditekan oleh GST (cukai barangan dan perkhidmatan) dan peningkatan kos sara hidup.

“Kami harap gelombang protes senyap ini akan bantu kami di Besut dan seluruh Terengganu,” katanya selepas ceramah yang menampilkan Pengerusi PH Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin gabungan pembangkang di negeri itu.

Pada PRU 2013, Umno memenangi Besut dan empat kerusi DUN di negeri itu dengan majoriti antara lebih 8,000 kepada 960 undi. Ia menangi Setiu dan empat lagi kerusi DUN dengan majoriti antara lebih 7,900 hingga 782.

“Pembangkang, Pakatan Rakyat menang semua kerusi bandar dari Kuala Terengganu ke Dungun ke Kemaman,” kata aktivis akar umbi Umno di Setiu, daerah berjiran dengan Besut.

“Kerusi seperti Setiu dan Besut yang membantu Umno. Jika ia kalah di sini, keseluruhan Terengganu boleh jatuh,” katanya kepada The Malaysian Insight, tetapi enggan mendedahkan nama.

Walaupun ceramah itu diadakan di kubu kuat Umno, lebih 1,000 orang datang untuk mendengar ucapan Dr Mahathir di padang di Kampung Raja, Besut.

Dr Siti Hasmah Ali, isteri Pengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad kelihatan duduk bersama orang ramai mendengar ceramah “Selamatkan Malaysia” di Besut, Terengganu malam tadi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 26 Ogos, 2017.
Dr Siti Hasmah Ali, isteri Pengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad kelihatan duduk bersama orang ramai mendengar ceramah “Selamatkan Malaysia” di Besut, Terengganu malam tadi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 26 Ogos, 2017.

Mereka tetap menunggu dan berteduh di bawah khemah ketika hujan mulai lebat, dan tunggu hingga ke akhirnya walaupun padang lecak.

Penduduk Besut Zulkifli Awang Su mendakwa Umno dan PAS turut mengadakan dua program berasingan di bahagian lain di Besut, pada malam yang sama.

“Mungkin mereka tidak mahu orang reka datang acara kami,” kata Zulkifli yang juga bekas ahli Umno dan kini menyertai Bersatu, parti diketuai Dr Mahathir dalam PH.

Zulkifli berkata sentimen anti BN boleh didengar dalam perbualan secara tertutup dalam kalangan penduduk Besut tetapi ramai yang enggan meluahkan perasaan kepada umum.

Di Terengganu dan terutama kawasan luar bandar seperti Besut, bantuan kerajaan seperti wang untuk membaiki rumah bergantung pada kelulusan ahli Parlimen atau Adun, katanya.

Ahli perniagaan pula bergantung pada kontrak syarikat berkaitan kerajaan atau agensi kerajaan kerana tidak banyak kerja yang boleh diperoleh daripada sektor swasta.

“Jadi ramai orang takut kalau mereka suarakan pendapat, ia akan menjejaskan sumber pendapatan atau bantuan.

“Jadi ramai diam tetapi mereka tahu apa yang sedang berlaku. Lebih pun semua orang ada telefon pintar dan Internet sekarang,” katanya.

Zulkifli berkata PH mungkin akan mendapat undi daripada penduduk yang tidak berpuas hati atau pengundi mengambil keputusan untuk tidak keluar dan mengundi Umno langsung.

Harapannya ialah bila tiba waktu mengundi, penyokong senyap ini akan memilih PH, bukannya Umno atau PAS.

Dalam ucapannya, Dr Mahathir buat rayuan yang sama.

“Umno anak beri RM500, motosikal atau kereta. Kami harap anda boleh tolak. Jika tak boleh, ambil saja hadiah itu tetapi tidak semestinya perlu mengundi mereka,” katanya.

– https://www.themalaysianinsight.com

.