PROF UNGKU AZIZ BUKAN NASIONALIS TAKSUB BAHASA

DI BAWAH INI ADALAH KOMEN ATAS POSTING “HIPOKRASI DALAM PEMBUDAYAAN MELAYU” YANG DISIAR TERDAHULU DAN JUGA DISERTAKAN JAWAPAN SAYA.
Anonymous16 April 2017 at 09:24
” Gulongan nasionalis yang kuat dalam perjuangan Bahasa terdiri dari Professor Ungku Aziz, Syed Nasir Ismail, Professor Ismail Hussein, Professor Hamid Bakar, Hassan Haji Ahmad, Nik Safiah, Ainuddin Wahid dan beberapa orang lagi yang kebanyakannya berpusat di Dewan Bahasa dan Pustaka dan juga di Universiti Malaya dan Singapura.”

Maaf, saya tak kenal nama2 yg disebut diatas tapi saya terpanggil untuk memberi komen. Apa bukti yang Prof Ungku Aziz termasuk dalam golongon nasionalis yg taksub bahasa melayu? Saya tak pernah terbaca atau dengar Ungku Aziz memberi saranan untuk melupakan bahasa inggeris. Cuma seingat saya Ungku Aziz lebih terbuka dan tidak taksub kepada bahasa inggeris. Beliau mengagumi etika dan cara kerja bangsa jepun dan lebih kepada ‘pandang ketimur’ dari barat.

Prof Ungku Aziz adalah pejuang bangsa yang tulin. beliau bukan hanya bercakap kosong akan tetapi memberi pandangan & cadangan yg praktikal untuk memajukan bangsa melayu walaupun dna beliau bukan melayu tulin.
ReplyDelete

zainudin maidin16 April 2017 at 13:24
Saya bersetuju sepenuhnya dengan pandangan saudara dan saya adalah seorang yang mengikuti perjuangan Pak Ungku Aziz bekas Naib Chancelor UM dan isterinya Kak Azah dari awal lagi. Mereka adalah intelektual yang sangat saya hormati.Jika tidak silap saya Pak Ungku adalah Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka yang pertama.

Dalam soal ini,saya hanya menjadikan Pak Ungku sebagai contoh tokoh elitis berpendidikan Inggeris yang anaknya Zeti mencapai kejayaan tersuhur didunia kerana pendidikan menerusi bahasa Inggeris dan Pak Ungku bukanlah seorang fanatik bahasa dalam memperjuangkan kedudukan Bahasa Melayu.

Bagaimanapun perjuangan untuk kedaulatan Bahasa Melayu oleh fanatik bahasa yang terdiri dari mereka yang berpendidikan Inggeris telah sampai keperingkat anak-anak Melayu memandang Bahasa Inggeris tidak penting dan mereka yang mahukan kedudukan Bahasa Inggeris di kekalkan sebagai bahasa kedua telah dimusuhi.Jika bercakap dalam bahasa Inggeris dihina.

Akhbar Utusan Melayu telah di bakar oleh fanatik -fanatik bahasa yang berpendidikan Inggeris di Dewan Bahasa dan Pustaka dan juga gambar PM Tunku Abdul Rahman kerana Utusan mahu mengekalkan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di negara ini. Ingkatkah Sajak Tongkat Warant Keranda 67.

Jika bantahan mereka itu diterima maka sekarang orang Melayu benar -benar berada dalam keranda kefantikan bahasa.

Tunku marah pada Syed Nasir kerana membiarkan Dewan Bahasa digunakan untuk bakar gambarnya dan Utusan Melayu. Tunku dengan sinis berkata” jika tak cukup gambar saya di Dewan Bahasa ,pilah ambil di rumah saya. Banyak yang lagi cantik”. Saya berada di Ipoh meliputi ucapan Tunku itu.

Saya bersetuju penuh dengan pandangan saudara yang adil dan penuh hormat terhadap Pak Ungku.

–¬†http://zamkata.blogspot.my/