PRESIDEN PAS GESA LAWAN PRESIDEN AMERIKA

Datuk Seri Abdul Hadi Awang berharap perdana menteri menghantar surat bantahan kepada Rumah Putih susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donalt Trump mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.

Presiden PAS juga berkata kerajaan harus segera memanggil duta AS di Kuala Lumpur bagi menunjukkan kemarahan rakyat Malaysia.

“Baitulmuqaddis adalah titik kesatuan umat Islam berpaksikan syariat Islam yang adil,” katanya.

PAS juga mengumumkan 8 Disember depan sebagai tarikh perhimpunan anti-Amerika di kedutaan negara kuasa besar dunia itu di Kuala Lumpur.

Dalam kenyataannya hari ini, Hadi berkata tindakan Trump mencabar kesabaran umat Islam dan mencemarkan kesucian bumi Al-Quds.

“Keberanian Trumph disusuli selepas kejayaan Amerika-Zionis mencampuri urusan negara-negara Arab khususnya kejayaannya mengikat Arab Saudi sebagai rakan karibnya, melalui strategi mengapi-apikan semangat perkauman dan mazhab sehingga berjaya menimbulkan kekacauan dan huru-hara di Asia Barat.

“Situasi ini lagi membenarkan rahsia pemetaan dunia baru yang sedang berjalan supaya negara-negara Islam disibukkan dengan peperangan sesama sendiri sehingga mengabaikan perjuangan pembebasan Palestin dan Baitulmuqaddis,” katanya.

– M’kini

.