POLITIK ‘SOLO’ PAS RUGIKAN RAKYAT

KUALA LUMPUR – Politik ‘solo’ dimainkan Pas didakwa akan mendatangkan kerugian kepada rakyat negara ini.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, Pas sangat kuat namun tidak mampu mempengaruhi lonjakan undi.

 “Apabila Pas tidak bersama dengan Pakatan Harapan, mereka telah membina persepsi bahawa merekalah sebenarnya yang memencilkan diri sendiri dan bukannya dipencilkan.

“Pas sekarang dilihat menjauhkan diri daripada arus politik pembangkang,” katanya kepada Sinar Online.

Beliau berkata, kerjasama politik diadakan Pas sekarang tidak cukup kuat untuk mengalihkan kuasa kerajaan pada PRU akan datang.

“Memang sekarang ini Pas mempunyai kerjasama politik yang dipanggil Gagasan Sejahtera, namun gagasan tersebut tidak cukup kuat jika dibandingkan dengan kekuatan gabungan parti dalam Pakatan Harapan.

“Pas tidak bersedia untuk berada dalam kalangan parti pembangkang dan perkara itu sebenarnya merugikan rakyat,” katanya.

– http://www.sinarharian.com.my/

.