‘POLITIK MATANG’ TAPIZAHID TAKUT JUMPA BEKAS BOS: DR M & PEMBANGKANG GAGAL BERTEMU TPM ISU DAFTAR ROS

PUTRAJAYA – Cubaan pembangkang untuk bersemuka dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi mendapatkan penjelasan berhubung pendaftaran gabungan Pakatan Harapan gagal.

Ini kerana Ahmad Zahid tiada di pejabatnya ketika pemimpin Pakatan Harapan yang diketuai oleh Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad hadir ke Kementerian Dalam Negeri, hari ini.

Bercakap kepada pemberita, Mahathir berkata, beliau kecewa apabila tidak dapat bertemu dengan Zahid.

Menurutnya, kehadirannya bersama Presiden PKR, Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden Amanah, Mohammad Sabu dan Pengerusi DAP, Tan Kok Wai telah dimaklumkan kepada kementerian itu.

“Tidak dapat jumpa, memang kecewalah. Presiden parti datang hari ini namun menteri ada urusan lain walaupun kementerian tahu kami akan datang,” katanya kepada media, di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya memaklumkan tujuan kehadiran kepada Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim.

“Mereka lambat memberitahu kami bahawa terdapat masalah dengan Bersatu dan DAP. Kalau diberitahu awal kepada kami boleh kami selesaikan,” katanya.

– Sinar Harian

.