POLITIK MALAYSIA TIDAK MATANG?

BARU-baru ini adegan baling kerusi dan baling botol air berlaku ketika bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjawab soalan peserta dalam programĀ  Nothing to Hide 2 anjuran Armada Malaysia iaitu sayap pemuda Bersatu.

Kejadian di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor, Shah Alam itu memberi impak negatif dalam landskap politik negara di mana politik ekstrem dan ganas diperlihatkan dalam negara yang mengamalkan prinsip-prinsip demokrasi.

Baik parti pemerintah mahupun pembangkang seharusnya politik ekstrem tidak dibiarkan berkembang kerana ia bakal menggugat keharmonian antara rakyat yang berbeza ideologi politik.

Apa punca ia berlaku? Siapa yang silap? Dan apakah cara untuk mengekangnya.

Ikuti kupasan Sorot mengenai politik ekstrem esok.

– Sinar Harian

.