‘POLIS AKAN LAKUKAN TERBAIK ELAKKAN PERTEMPURAN ESOK’

Pihak polis akan melakukan yang terbaik untuk memastikan bahawa tidak akan berlaku sebarang pertempuran semasa perhimpunan BERSIH5 dan juga perhimpunan balas Baju Merah, esok.

“Kami sedang melakukan yang terbaik untuk memastikan tidak akan ada pertempuran.

“Kami mahu memastikan bahawa semua adalah selamat,” kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Shah pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau juga diminta mengulas mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang menolak permohonan injuksi tiga pihak yang mahu menghentikan perhimpunan berkenaan.

Hakim S Nantha Balan memetik Seksyen 18 Akta Perhimpunan Aman yang memberi polis kuasa untuk mengalihkan mana-mana kumpulan saingan ke tempat, lokasi, masa atau hari yang lain.

Mengulas penghakiman itu, Amar Singh menjawab: “Inilah apa yang kita lakukan. Kita akan memastikan tidak akan ada pertembungan antara ‘merah’ dan ‘kuning’.

“Akan berlaku pertengkaran di antara mereka. Inilah apa yang kita lakukan, untuk memastikan mereka tidak bertemu,” katanya.

 

Amar Singh, pada sidang akhbar sebelum ini, mengesahkan bahawa polis menerima notis daripada kedua-dua BERSIH dan Baju Merah untuk mengadakan himpunan masing-masing.

Walau bagaimanapun, kerana kedua-dua pihak gagal mendapatkan kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk berkumpul di kawasan yang dinyatakan dan polis tidak memproses notis mereka.

“Kedua-dua pihak gagal memenuhi syarat di bawah PAA,” katanya.

MKINI

.