PM UMUM BONUS RAYA PENJAWAT, PESARA KERAJAAN

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada petang Jumaat mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Memetik kenyataannya di Twitter, beliau berkata bantuan khas RM250 akan turut dinikmati oleh pesara kerajaan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kewangan pada Jumaat, hampir 775,000 pesara kerajaan yang menerima bantuan khas itu adalah bagi menghargai jasa perkhidmatan mereka.

“Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat sebelum 9 Jun 2017.
“Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara Kerajaan ini membabitkan anggaran peruntukan kewangan sebanyak RM1 bilion,” kata kenyataan yang dikeluarkan di Putrajaya, Jumaat.

Kerajaan berharap dengan pemberian Bantuan Khas itu, ia dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara bagi persiapan Hari Raya Aidilfitri 2017.

– Mstar

.