PM UCAP TAKZIAH ATAS PEMERGIAN ADENAN

SHAH ALAM – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, turut menzahirkan rasa dukacita dan salam takziah di atas berita pemergian Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem pada tengah hari tadi.

Menerusi catatan terbaharu di Twitter beliau, Najib memaklumkan beliau akan ke Sarawak bagi menziarahi jenazah Allahyarham.

“Innalillahiwainnailaihirajiun. Terima berita sedih Tan Sri Adenan Satem telah pulang ke rahmatullah. Takziah kepada keluarga Allahyarham. Saya akan ke Sarawak untuk menziarahi jenazah,”tulisnya.

Mengingatkan kembali jasa Allahyarham, Najib berkata Malaysia kehilangan seorang tokoh yang hebat.

“Jasa Allahyarham kepada negeri dan rakyat negeri Sarawak amat besar, dan Malaysia telah kehilangan seorang pemimpin berwibawa.

“Moga ALLAH SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham. Al-Fatihah,” tulisnya lagi.

– M’kini

.