“Selamat bersidang kepada seluruh perwakilan #UMNO bahagian di seluruh negara. Demi Agama Bangsa dan Negara Tercinta #Negaraku #Malaysia,” katanya menerusi akaun Twitter beliau.

Sebelum ini, mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang diadakan pada Januari lalu, menetapkan persidangan tahunan cawangan pada 17 Mac hingga 30 April lalu, sementara bahagian pula akan bermula pada 7 Julai hingga 26 Ogos depan.

Persidangan UMNO di peringkat cawangan dan bahagian dibuat lebih awal berbanding tahun sebelumnya berikutan penganjuran beberapa acara penting dalam negara seperti Sukan SEA dan sambutan perayaan Aidilfitri pada bulan lalu.

– UTUSAN ONLINE

.