PKR SEDIA BERI KERUSI KEPADA BERSATU, AMANAH PADA PRU14

PKR akan memberikan kerusi yang ditandinginya sebelum ini kepada Bersatu dan Amanah pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah kerusi yang akan terlibat.

Perbincangan mengenainya masih berjalan dan telah 80 peratus selesai, katanya kepada pemberita selepas kenduri rakyat bersempena Jelajah Keadilan Peduli Rakyat, di Ipoh hari ini.

“Ketika PKR ditubuhkan pada 1999 PKR diberi kerusi yang dipertandingkan DAP dan PAS, jadi sudah tiba masanya kita bantu parti baharu seperti PPBM dan Amanah,” kata Menteri Besar Selangor itu.

– Bernama

.